Friday, 15 March 2013

one m0re post 4 pghulu sgala hari..topik khutbah solt jumaat adelh maslahat bg org2 y hafaz Quran,..
subhanallah,sgguh org2 yg mghfaz quran itu bgitu tggi darjtnye d sisi Allah..malah dsebutkn jge brgsiapa y mghafaz al-Quran maka akn dpkaikn mahkota kpd ibubapanya di akhirat kelak,,sgguh saat m'dgr kte2 ine,sdikit pnyesaln trase dek tdk m'gunkn mse2 y kosg untk hafz Quran dgn sebaiknye..
hinanye terase dri ini krn kurangnye trbiyah trhdap dri sndri..
Ya Allah,kau prmudhknlah jln bgi hmba2Mu,,ameen
sMog kite same2 brmuhasabah dri msing2
my guest,antum tau x knp susah sngat kite nk lakukn suatu prubhan eh?pasti ade sbbye,,
j0m kite terokai b'sme..

Apabila hidayah “perubahan” dan kesedaran menerpa ke dalam diri kita – rasa penyesalan, keinsafan dan kesedihan akan segala kisah silam dan perbuatan yang menyalahi tuntutan Allah SWT. Justeru, timbul bibit-bibit keazaman dan usaha tekad untuk berubah, berubah dan terus berubah.
Namun, apabila suatu tempoh masa berlalu – kita menyedari bahawa perubahan itu tidak kekal lama. Suam-suam sahaja, kemudian sejuk kembali. Perasaan yang berkobar-kobar untuk menggerakan perubahan diri telah hilang dimamah usia dan ianya hanya tinggal memori. Dan – akhirnya, kita terus di takuk lama. Tidak berubah, zaman berzaman lamanya.
titik tolak suatu pghijrahan
Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula.
Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah.
 “ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”
Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ?
Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan “terpaksa” -  akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat – sangat kerdil, hina dan lemah.
Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
( Al- Fatir 35 : 15)
Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!
Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan – koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita.
*wallahua'lam




alhamdulillah,..semlam (jumaat) siap stu rsepi smntara jadi suri rumah spnuh mse..
mOist choc cake,a new recipe by kham joe,,sedap sngat2..tp sorie ye xleh tnjuk fotonye..
t'clap deco,tp xpe y pentim enak dmakn dan smangat blaja,i'Allah smakin bnyak buat smakin tau bnyak inf0..practice makes perfect,right?